Thursday, July 21, 2016

Resepi Biskut Almond London

Resepi Biskut Almond London
Jom cuba resepi biskut almond London yang telah dikongsikan oleh Puan Fazliza di Facebook. Resepi yang pn Fazliza share ni agak mudah dan bahan pun tak rumit.
Kredit to Pn Fazliza

Resepi Biskut Almond London
Bahan-bahan:
Bahan A
1 cwn buttercup
3/4 cwn gula aising
1 biji kuning telur
1sudu kecil esen vanila

Bahan B
2 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk penaik
3 sudu besar serbuk badam

Bahan C
2 cwn coklat masakan (guna kaedah double boiler)
*Kacang badam panaskan dulu dlm oven 150c selama 15mnit

Cara-cara:
1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Tak perlu pukul lama.

2. Kemudian masukkan bahan B sikit-sikit sambil uli. Kalau lembek boleh tambah tepung, dan  kalau keras boleh letak sedikit butter. Uli jgn lama smpai doh tak melekat kat tangan.

3. Gentel-gentel masukkan 1biji kacang badam.

4. Bakar suhu 170c selama 25minit.

5. Tunggu biskut sejuk dulu sebelum dicelup dalam coklat. Selepas celup, sejukkan coklat bagi keras sedikit dan masukkan ke dalam balang.
Resepi Biskut Almond London

No comments:

Post a Comment