Friday, July 22, 2016

Resepi Mudah Sardin Goreng

Resepi Mudah Sardin Tin Goreng

Bila dah keluar menu sardin ni, maksudnya dah tak tau nak masak apa di samping malas nak masak lain. Hari ni, masak menu ringkas dan mudah sahaja iaitu Sardin Tin Goreng. Kalau aku letak sardin je takut kome pikir aku guna fresh sardin pulak. Haha. Sardin tin pilihan aku ofcourse sardin king Cup. Sedap. So jom kita menyardin hari ni.

Resepi Mudah Sardin Tin Goreng

Bahan-bahan:

1 tin kecil Sardin King Cup atau lain-lain
1 biji bawang besar di potong bulat
1 biji bawang merah dipotong kecil
2 ulas bawang putih dipotong kecil
Sedikit kicap masin kalau nak letak
Minyak masak untuk goreng ikan dan menumis

Cara-cara:

1. Asingkan isi sardin daripada kuah dan goreng isi sardin tersebut. Tahap garing ikut suka.

2. Tumis bawang merah dan putih dan kemudian masukkan bawang besar. Tumis hingga separa layu atau layu. Ikut suka tekak.

3. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi. Gaul pelan-pelan.

4. Masukkan kuah. Dan tambah kicap masin sedikit kalau nak. Kalau nak banyak kuah, boleh tambah sedikit air. Gaul rata dan siap untuk dihidang.

Mudah kan. Sedap hingga menjilat jari. 😂

Thursday, July 21, 2016

Resepi Mudah Biskut Roti Coklat Nestum

Resepi Mudah Biskut Roti Coklat Nestum
Rasa-rasanya kalau hari raya nanti, kita hidang biskut roti coklat Nestum ni ok tak?? Tengok tengah viral biskut roti ni yang dibakar terlebih dahulu dan seterusnya dicelup coklat dan disalut dengan Nestum . Jom, usya cara saya buat biskut yang mudah tapi sedap ni. Berbaloi-baloi.

Biskut Roti Coklat Nestum


Resepi Mudah Biskut Roti Coklat Nestum
Bahan-bahan:
Roti Bantal (1 bungkus besar)
Coklat Bar Masakan 250 gram
1 tin Susu sejat cair

Cara-cara membuat:
1. Potong roti seperti dalam gambar dan susun atas dulang. Setelah siap, bakar roti dalam oven dalam 150°c selama 20 minit .

2. Sambil tunggu roti siap, double boil coklat masakan dan campur dalam 4 sudu besar susu sejat. Gaul sebati.

3. Setelah roti siap dibakar, celup roti di dalam coklat dan disalut dengan Nestum. Selepas salut dengan nestum, susun semula biskut di dalam dulang.

4. Siap disalut coklat dan Nestum, bakar semula biskut selama 20 minit, 150°c. Setelah siap, biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
See, senang kan.. mudah sangat. Adik-adik sekolah rendah pun boleh buat. Selamat mencuba guys.

Resepi Biskut Almond London

Resepi Biskut Almond London
Jom cuba resepi biskut almond London yang telah dikongsikan oleh Puan Fazliza di Facebook. Resepi yang pn Fazliza share ni agak mudah dan bahan pun tak rumit.
Kredit to Pn Fazliza

Resepi Biskut Almond London
Bahan-bahan:
Bahan A
1 cwn buttercup
3/4 cwn gula aising
1 biji kuning telur
1sudu kecil esen vanila

Bahan B
2 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk penaik
3 sudu besar serbuk badam

Bahan C
2 cwn coklat masakan (guna kaedah double boiler)
*Kacang badam panaskan dulu dlm oven 150c selama 15mnit

Cara-cara:
1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Tak perlu pukul lama.

2. Kemudian masukkan bahan B sikit-sikit sambil uli. Kalau lembek boleh tambah tepung, dan  kalau keras boleh letak sedikit butter. Uli jgn lama smpai doh tak melekat kat tangan.

3. Gentel-gentel masukkan 1biji kacang badam.

4. Bakar suhu 170c selama 25minit.

5. Tunggu biskut sejuk dulu sebelum dicelup dalam coklat. Selepas celup, sejukkan coklat bagi keras sedikit dan masukkan ke dalam balang.
Resepi Biskut Almond London